Monday, July 14, 2014

Sembang Raya

Assalamualaikum

Ramadhan Kareem !

Jom sembang pasal raya nak? Korang beriya tak pakai baju vogue-vogue masa raya? Secara jujurnya aku bukan tergolong dalam kategori itu. Biasanya baju  raya aku, biasa-biasa jela sebab aku banyak menolong kat dapur. Aha ini bukanlah strategi untuk jual minyak ya, ini adalah realiti kehidupan hehe. Anak perempuan sorang dalam family kan, sama jugaklah dengan Kakena uoolls. The only girl jugak. Aku tak kisah pon raya pakai baju apa, sebab end up aku kena selinsing lengan masuk dapur jugak kan. So better la pakai baju yang selesa.


Ayah aku pulak tradisional sikit. Selalunya beberapa hari sebelum raya, dia akan belikan baju raya untuk kitorang sefamily . Maksudnya ayah akulah yang decide colour apa nak pakai pada tahun itu. Kekadang kelakar pon ada bila corak baju aku sama dengan ibu. Size je berbeza. Aku ok je, ibu la segan. Kemain protes taknak sama dengan anak. Haha comel comel.


Tahun ini ayah aku tukar angin. Dia kata dengan aku supaya beli baju raya online, pilih yang cantik-cantik untuk ibu sekali. Sebab bila dia pilih, mesti ibu macam kurang gemar. Tapi betul jugalahkan, hari tu dia belikan ibu baju kurung polkadot. Dah la polkadot, aku punya baju pon sebijik pulak tu. Cuba cakap comel ke tidak mak dan anak pakai baju polkadot sesama?! =')


So as usual, ke nile.com.my lah kita ya untuk mencari baju raya yang bersesuaian. Aku rasa aku ni dah jatuh hukum wajib dah untuk jadi duta nile.com.my haha! Dari dulu ya, apa-apa sikit, ajak korang shopping kat nile.com.my. Murahkan...nak buat macam hehe. Sorry!

 
Hi saya FL yang bermata panda. Untuk mengelakkan org bercakap tentang mata panda saya, terus saya crop gambar ini. Saya akan bawa anda semua untuk menilai baju-baju pilihan saya ni. Sesuai ke tidak untuk dipakai masa hari raya hehe. Kita main try try ye :) Baju pertama yang saya cuba ni penuh lace ya!


Jubah Lace Dress with embroidery RM 54 (link here)

Simple dan suka sangat lace dia. Warna dia tone down, so boleh je pakai kat dapur or jalan-jalan. Tak outstanding sangat tapi tak underdress juga. Nampak ekslusif!



Dipadankan dengan Pearl Rhinestone Buckle Flat RM 23.40 (link here)


Baju kurung moden sulam RM 78.50 (link here)

Baju kedua ni sesuai dipakai di pagi raya. Masa bersalaman dan bermaafan tu, lebih elok pakai baju kurung. Sebab dah jadi macam tradisi, first day raya mesti kena pakai baju kurung. Kalau pakai jubah or dress tak rasa macam raya. Cakap pandai..padahal jap lagi tukar tshirt lol.


Lycra skirt RM26.50 (link here)

Yang ni sebab skirt tu macam meriah sikit, jadi sesuai kalau nak pergi melawat rumah sedara-sedara supaya makcik jah yang 5 tahun tak jumpa tu senang nak ingat uolls! Padankan skirt ni dengan blouse. Simple dan sopan.


Denim Jubah Dress RM 75 (link here)

Setengah orang suka tengok wayang, hangout dengan kawan masa hari raya. Tak sesuai ya kalau pergi tengok wayang pakai baju kurung. Tak best jugak kalau pakai tshirt and jeans. So just opt for something casual macam this denim dress. 


N letter trendy woman shoes RM 27.10 (link here)

Padankan dengan sport shoes barulah habis casual kan? Nak lari pon senang. Taktaulah kan sapa yang nak kejar, janji senang nak lari. Hehe.

Ha macam mana? Pilihan aku mestilah simple, ringkas dan tak pening kepala. Benda mudah jangan kita susahkan. Hari raya hari untuk happy happy ma. So jangan dok hebohkan baju sangat. Asal tutup aurat dan cantik. Allah suka, semua suka ;)


Check out nile.com.my untuk melihat baju-baju cantik lain pada harga runtuh. Sepanjang Ramadhan ni, kalau korang shopping dengan minimum RM48, korang dapat Free Delivery tau. Tekan sini untuk baca lebih lanjut tentang Free Delivery >>here<<

Goodluck!

Thank you for reading this entry !

Monday, July 7, 2014

Product Review : S+ Recover Gold Nano CC Cream


Assalamualaikum

Lama dah tak review tentang beauty product dengan korang. Hari ni Im a bit free, jadi marilah kita review satu product from Hansaegee ni. Oh ya, sebelum itu, bagi yang dah lama baca blog ni mesti dah tau yang aku memang suka pakai beauty product from Hansaegee. Kalau yang tak pernah dengar, boleh usha website dorang


They sell quality Korea beauty skin care product !

Dah tengok?  FL ada satu tips, untuk penjimatan berganda, korang belilah product yang tengah ada promosi. Tiap-tiap bulan dorang akan ada promosi yang lain-lain. Untuk promosi bulan Julai korang boleh tengok sini 




Salah satu sebab lain kenapa FL suka hansaegee adalah sebab sistem REWARD POINT dimana kita akan dapat point setiap kali membeli belah di Hansaegee! So bila point tu dah banyak, kita boleh redeem point (100=RM1) dan dia akan deduct dari total amount pembelian kita. So bertambahlah jimat lagi kan?


Eh banyak pula cakapkan, sebenarnya nak introduce korang dengan S+ Recover Gold Nano CC Cream! CC means complexion control. Product ini adalah hot selling di Korea ya. Before buat review ni, FL dah try pakai selama sebulan. Dan selama sebulan FL keluar dengan hanya memakai cream ni. (tanpa compact powder at all). Memang puas hati.


S+ Recover Gold Nano CC Cream

S+ Recover Gold Nano CC Cream ni bertindak sebagai basic skincare tetapi ada makeup benefit. Oleh itu boleh je pakai CC cream begitu sahaja or dipakai dengan makeup. Apa yang FL suka adalah teksture dia yang lembut, lembab dan menyebabkan tona kulit jadi sekata dan glowing. Effect dia adalah sangat natural, as if macam iolls dilahirkan natural beauty hehe. Yang lagi best, dia ada SPF 30 untuk bertindak sebagai sunblock, whitening essence and anti wrinkle punya effect. Umur dah 25 tahun, memang harus cari anti wrinkle product!




Sangat natural apabila CC cream diblend dengan warna kulit. Dia tak menyebabkan muka nampak putih tiruan/berbedak, sebaliknya dia enhance kecantikan kulit kita yang semulajadi. Padanlah Kpop punya muka macam tak pakai makeup (tapi lawa gilosss). Inilah rahsia dorang ;)





Natural & kulit nampak glowing kan? FL hanya memakai CC cream (tanpa sebarang compact powder), eyeliner dan lipbalm. Mudah, cepat dan puas hati !


Selain daripada CC cream, FL nak review pasal mask from Hansaegee. Selama ni pon memang pakai mask daripada dorang. Serious, sangat berkesan. Pakai overnight esok terus glowing. Tapi matilah nak pakai hari-hari kan hehe. Sesiapa yang pernah pakai Hansaegee memang akan setuju dengan statement iolls. Korang kena at least try sekali, mana-mana mask from Hansaegee ni. Semua range pon best!



Ini adalah mask pilihan FL kali ini. Tak pernah try lagi sebab new collection hehe. Tak sabar nak pakai sebab tau yang product Hansaegee tak pernah mengecewakan =)

Jangan lupa shopping di sana ya! Goodluck para jelmaan Kpop sekalian !



Thank you for reading this entry !