Wednesday, December 15, 2010

Purikura

Assalamualaikum


Dulu, aku pernah cerita yang aku ni obses giler dengan jepun. Ingat tak? Ala zaman dimana asik-asik buat peace bila tangkap gambar (oh masih kekal tabiat ini sampai sekarang), menambah panggilan 'chan' disetiap nama kawan perempuan & cakap arigato instead of thank you. Sungguh whateveeer aku ni :')

Kalau dah obses dengan jepun, maka wajiblah pergi ke purikura kan. Purikura tu sebenarnya comes from the word Print Club. Tapi orang jepun ni makan nato & ramen banyak sangat jadi pronunciation dorang jadi huru hara sikit. Print club -> Purinkurabu -> Purikura ! Layankan jer la..


Anyway, purikura adalah booth tangkap gambar yang macam sticker tu ! Korang kena masukkan token, snap picca pastu korang boleh edit kasi comel-comel lepas tu menunggu dengan sabar sementara dia print hehe. Setelah gambar dah di print, tatap sepuasnya konon muka engkau paling comel. Agak-agak macam dah puas, boleh gunting-gunting tampal dekat album kecik atau boleh juga tampal di calculator, file & pelbagai lagi tempat yang orang senang nampak. Tujuan menampal di tempat yang orang senang nampak adalah supaya bila orang ternampak, orang akan puji. Barulah tak sia-sia kau membazir duit pergi purikura !




Purikura !! Harga berbeza-beza mengikut kehebatan mesin. Ada yang rm18, ada rm24 ada yang rm36. Tak sangka masa high school aku sanggup membazir untuk bendealah ni ha :') - google pic




Lepas snap, boleh edit! Tambah accessory, tambah font etc etc. Tapi harus edit cepat-cepat sebab ada masa. Actually boleh pause, tapi sebab mesin ni fully in japanese, maka untuk orang yang buta tuli macam aku ni, memanglah tak tau nak tekan mana untuk pause. Berpeluh-peluh aku edit sebab takut habis masa hahaha. LOSER ! - google pic



Lepas dah print, boleh tampal dalam album purikura. Album puikura ni ada jual kat kedai comel-comel. Lepas tu boleh la engkau tatap koleksi purikura engkau 24jam :) - google pic




Purikura yang aku buat kat Japan masa tahun 2007 bersama dengan mak & adik angkat :) Comel weyh suka suka teehee.



Mak angkat Jepun aku tanya, 'Fatin suka apa?' . Aku jawab Hello Kitty & Purikura ! Lepas tu dia belikan aku banyak gilerrr hadiah Hello Kitty & bawak aku g Purikura dekat mall hee... Biasa aku buat Purikura kat Sungei Wang Plaza jer. Ini first time la aku buat Purikura dekat Japan. Masa ni kitorang boleh edit gambar lama giler sebab mak angkat aku tekan pause !! Hahaha...




Ni la album purikura aku teehee. Aku start gilerkan purikura ni sejak form 2 ! Memang banyak gambar dalam album ni. Daripada zaman hingusan sampai lani




Ni lah contoh gambar purikura yang dah di-edit. comel giler kan!! Wannabe giler aku dulu. Akak-akak jepun ni memang idola aku dulu haha. Aku pernah cakap ngan mak aku dulu, tak silap masa form 2, aku nak bleach rmbut supaya jadi blonde, pastu memang kena maki la kan. Nasib baik kena maki, kalau tak dah tersesat jauh da aku sekarang LOL - google pic

Korang suka purikura tak? Biasanya purikura japan jer yang lawa. Purikura dari china & korea tak berapa nak cun. Colour dia tak berapa nak pekat lepas tu lighting tak semat. Tapi tu lah, purikura japan mahal kalau nak compare dengan china/korea punya. Standard la japan kan, barang baik, harga pon baik punyer :p


Thank you for reading this entry !

Sunday, December 5, 2010

Starbucks Coffee ;)

Assalamualaikum !


Ha ha aku lagi. Best pulak baca baca pasal illuminati ni kan. And then I came across this one interesting fact from The Arrivals video tak hengat episod berapa ;) Its about the Starbucks Coffee. I guess semua orang dah tau kan yang Starbucks ni somehow related to the illuminati organization. Ada yang banned ada yang tidak. Itu semua terpulanglah kat hak individu. Korang semua janganlah paranoid sangat dengan illuminati ni sampai benci menbenci dengan kengkawan korang sendiri semata-mata sebab dorang tak sehaluan dengan korang. chill man chill !



 Starbucks Coffee. Kenapa dinamakan starbucks? kenapa tak kapalapi or fireship? kenapa tidak alicafe? ohemmjii takutnye takutnye LOL 



 BUCKS stands for money


STAR refers to Israel


Money for the star :) Tidakkah anda tahu bahawa Starbucks Coffee is among the largest supporter of Isreal? Even the owner of Starbucks pernah receive award from Israel for his contribution. 

Ok ini terakhir. lepas ni taknak cerita pasal illuminati lagi kang tak pepasal kene block dengan blogspot teehee ;) Selamat beramal!

Thank you for reading this entry !

My reading interest !

Assalamualaikum


Hari ini aku ingat nak bercerita ngan korang serba sedikit pasal aku. Actually hidup aku ni takdelah best sangat. Biase je sebenarnye. Ada masa best gila ada masa tak best langsung macam hareeemmm. Nak kata aku ni rajen berjalan sana sini tak jugak. Nak pergi tandas pon aku malas. Selagi boleh tahan aku tahan hahaha teruk seh perangai aku :')


Tapi kan yang aku dah kenal pasti kat diri aku ni, bila weekends, aku jarang nak keluar rumah. I mean keluar pergi malls ke jumpa jumpa kawan ke beli groceries ke kan. Aku kalau boleh settlekan bendealah tu on weekdays, aku akan cuba settlekan. So bila weekends aku buat apa? Aku sebenarnya suka membaca. Tapi bukan membaca buku medic la..haha..sedihlah. Asal la aku tidak dilahirkan untuk berkawan baik dengan buku medic. Bila pegang je mengantuk, bila mengantuk je pegang. And the list goes on...



how i wish you were my best friend sob sob - pic courtesy of google



Sejak aku sekolah rendah lagi, aku memang suka satu benda yang misteri. Macam hantu, UFO, pharoahs, cleopatra (misteri ke?) & macam macam lagi. Aku ni masa kecik-kecik power dow. Hantu sume aku tak takut. Masa sekolah rendah sampai la sekolah menengah, setiap kali beli vcd cetak rompak kat Family Store Taman Desa Rhu, mesti aku akan beli cerita hantu. Perkara ini amat menyedihkanlah bagi ahli keluarga aku sebab dorang sume tak layan cerita hantu. Ada sekali tu, mak aku bagi duet, suruh beli 3 vcd campur-campur - melayu, omputih & thailand. Lepas tu aku pon beli cerita hantu melayu, hantu omputih & hantu thailand. Sejak dari kejadian itu, mak aku tak pernah suruh aku beli vcd lagi :')




pakcik Pharoah tengah murka - pic courtesy of google



Tapi tu cerita dululah, sejak aku masuk sbp, aku jadi ketaq kot bila dengar cerita hantu. Aku yang dulunya gagah, kini telah goyang. wuwuwuwu camni a sbp...korang tau la kan kat sekolah asrama ni macam-macam hal. Cerita kecik tapi lepas dah sebar2, tokok tambah sket, mitos2 sket terus jadi boxoffice! Nak nak sekolah aku tu memang ceruk ya ulu ting ting. Isolated habis. Kalau korang rasa kawasan orang asli kat Teluk Intan tu dah rural habis, sekolah aku lagi lah berkali ganda rural (hyperbola sket la kan haha..) 


Masa matrix lak, sapa tak kenal dengan cerita hantu makcik karipap. Femes siak makcik ni. Yang power tu, die suke jual karipap kat tingkat 2 / 3 jer, yang penting bukan kat first floor la. Makcik ni saja je nak brag yang die boleh fly agaknye. (-_-) Niat tak baik seh makcik ini, tak padan dengan tua ish ish. Anyway itu adalah reason kukuh kenapa aku tak stay up tapi bertungkus-lumus pergi ke library pada petang hari lepas balik kelas untuk siapkan homework. Makcik ni ekceli bagi kebaikan gak kat aku hehe



mungkinkah ini karipap yang hantu makcik karipap buat?  -pic courtesy of google 



Tapi disebabkan aku kecut skang, aku tak suka dah amek tau pasal hantu-hantu lagi. Sekarang ni aku suka baca pasal illuminati. Sebab illuminati adalah secret organization yang bertindak sebagai gatekeeper for the arrival of dajjal. Cita-cita dorang ni tok laksanakan New World Order. Scary sebenarnya bende ni because at the end of it, you will find that reality is more mystery than fiction. Every weekends aku akan baca benda-benda ni, untuk memantapkan pemahaman aku, aku akan bukak youtube. Korang pernah tengok 'THE ARRIVALS' dekat youtube? Korang haruslah tengok sebab video ni sangat-sangat bagus untuk educate kita tentang dunia kita yang dicontrol oleh illuminati.


Aku akui, there's nothing much we can do after seeing that video kan. Pernah ada sorang ni kata 'Lepas dah tau benda illuminati ni semua, bukan kita boleh buat apa pon, stakat like kat fb & sebar2 kan jer'. Mungkin betol jugak apa yang brader ni cakap, tapi at least bagi aku, biar ilmu kita sikit, daripada takde ilmu langsung kan. As we all know, illuminati ni kan pandai propaganda. Dia akan pakai cara halus untuk control our mind. At least, kalau korang tau serba sedikit pasal dorang punya modus operandi, boleh la korang second thought kan?



Leaders of illuminati - pic courtesy of google



Aku ni pon tak berapa nak pandai pasal benda-benda ni, sebab aku hanyalah baca article, baca conspiracy theory tanpa berguru pada siapa-siapa. Ada guru ke yang mengajar sejarah illuminati ek? But yeah, aku baca just for my own knowledge, for my own interest. Aku pon masih dikuasai illuminati jugak sebab I'm still writing in this blog, still uploading pictures of myself & Im still listening to popular music. Tapi bagi akulah kan, kalau kita tak boleh nak ikut semua, kita ikut sikit2 but jangan tolak semua. Macam sunnah nabi Muhammad, kalau tak boleh nak ikut semua sunnah ajaran nabi Muhammad, ikut yang mana termampu, tapi janganlah korang tolak semua ketepi.


Aku ada baca satu benda yang interesting. It says that, bila masjid Al-Aq'sa roboh, Haikal Sulaiman akan didirikan. Nama english dia Temple of Solomon. Aku google untuk tengok architecture temple ni. Pehh siyes besar nak mamp. Reka bentuk macam zaman pharoah dulu2. Temple of Solomon ini adalah tempat  Al-Masih Dajjal akan memerintah. Lepas Temple of Solomon dibina, harta karun dorang yang terletak kat Vatican City akan diambil semula dan diletakkan dalam Temple Of Solomon. Message penting disini, bila temple of Solomon sudah selamat didirikan maksudnya, Dajjal akan turun ke dunia. Pabila Dajjal turun ke dunia, maka nabi Isa akan turun & Imam mahdi juga akan muncul. Dan akhirat akan menjelma. Nauzubillah. Tapi just want you to bear in mind that Haikal Sulaiman adalah pusat pemerintahan New World Order. Aku takut, in future, setelah Haikal Sulaiman didirikan, illuminati akan declare yang HS adalah the new 7 wonders of the world. Konon-konon macam tourist attractions la kan. With illuminati everything is possible !



sketch of Temple of Solomon - pic courtesy of google


Oh itu saja untuk kali ini. Mintak maaf kalau aku tersalah bagi info atau apa. My intention is just to share interest. Aku harap takda sapa butthurt :) Aku nak sambung tengok The Arrivals dekat youtube. Byee sume. Have a nice weekend!


Thank you for reading this entry !

Saturday, December 4, 2010

Teka teki

Assalamualaikum
  


Hari tu ada sorang member aku ni, dia bagi teka-teki kat aku. Soalan dia berbunyi macam ni, haiwan apa yang paling besar di dunia? Ekeleh aku memang malas la bab teka-teki ni.  Jiwa aku ni memang tak boleh nak ngam lah dengan dunia teka teki. Lepas tu, yang aku malas tu, jawapan dia nanti mesti tak logik. Aku bukan apa, aku ni skema dan gemarkan logical thinking (auta). Aku suka membaca fakta-fakta sains sahaja (double auta). Emak melarang aku membuat jenaka yang tidak berfaedah, sebaliknya kami sering berbincang tentang bagaimana adik beradik Wright (Wright brothers) boleh mencipta kapal terbang ketika kami sedang makan malam. (triple auta). Selain itu, aku juga gemar berpantun menggunakan istilah sains......


Pokoknya memang aku bencilah teka teki. Orang kate "lek la bro, teka teki dapat hilangkan stress whut?" aku jawab "bertambah stress lagi adalah".. so back to the story..jom follow conversation di bawah



kawan : kalau kau pandai, haiwan apa yang paling besar di dunia? *smbil senyum-senyum*
aku : jawapan dia logik ke tak logik? tak logik aku tak mau teka.
kawan : hee tak leh la bagi tau cepat la teka cepat la 
aku : ikan paus pakai sweater? *berusaha sehabis baik agar jawapan tidak skema*
kawan : hikhik salah! jawapan dia ikan paus yang disalut tepung lahhh~
aku : ....... apesal nak salut ikan paus dengan tepung? apa tujuan kau? sape yang salutkan dia? 
kawan : manalah aku tau~~ dah memang macam tu soklan & jawapan dia :p!
aku : ... ahhh takde takde. aku tak boleh terima jawapan kau. tak logik. 


STRESS,


Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...